Silsilah: Belajar Tauhid
Audio: Ustadz Dr. Abdullah Roy, M.A حفظه لله تعالى
Transkrip: ilmiyyah.com
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين
Halaqah yang ke-5 dari silsilah ilmiyyah belajar Tauhid adalah tentang Taubat Dari Kesyirikan
Orang yang berbuat syirik dan dia meninggal dunia tanpa bertaubat kepada Allah ﷻ, maka dosa syiriknya tidak akan diampuni. Namun, apabila dia bertaubat sebelum meninggal, maka Allah ﷻ akan mengampuni dosanya bagaimanapun besar dosa tersebut. Taubat Nasuha adalah taubat yang terpenuhi di dalamnya tiga syarat:
- Menyesal,
- Meninggalkan perbuatan tersebut,
- Bertekad kuat untuk tidak mengulangi lagi.
Allah ﷻ berfirman:
قُلْ يَاعِبَادِي الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللهِ إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan berbuat dosa), janganlah berputus asa dari rahmat Allāh. Sesungguhnya Allāh mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Az-Zumar: 53)
Rasulullāh ﷺ bersabda:
إِنَّ اللهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ
“Sesungguhnya Allāh menerima taubat seorang hamba selama ruh belum sampai ke tenggorokan.”
(HR. Tirmidzi dan Ibnu Mājah, dari Abdullah ibn Umar raḍiyallāhu ʿanhumā dan dihasankan oleh Syaikh al-Albānī raḥimahullāh)
Para sahabat Nabi ﷺ tidak semua lahir dalam keadaan Islam, bahkan banyak di antara mereka yang masuk Islam ketika sudah besar dan sebelumnya bergelimang dengan kesyirikan. Supaya tidak terjerumus kembali ke dalam kesyirikan maka seseorang harus mempelajari Tauhid dan memahaminya dengan baik, serta mengetahui jenis-jenis kesyirikan sehingga bisa menjauhinya.
Itulah yang bisa kita sampaikan pada halaqah kali ini dan sampai bertemu kembali pada halaqah selanjutnya.
والسلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
Bismillah Ukhti. Ukhti afwan itu ayatnya AzZumar : 53. Syukron.
نعم بارك الله فيك
Masyaallahhh mudah mudahan kita semua termasuk orang yang selalu ingin melakukan taubat, dan mudah mudahan ketika kita melakukan taubat tersebut Allah SWT menerimanya
Assalamualaikum.
Sekiranya seorang isteri menyihir suaminya untuk mencintainya selepas sia si suami mendapati si isteri mempunyai hubungan sulit bersama rakan sekerja yg mempunyai isteri dan anak2., dan sihir itu jelas terjadi pada sang suami kerana tidak sanggup mennceraikan isterinya kerana terlalu taksub sayang dn cinta sehingga 18 tahun. Sang suami menderita setiap kali berjauhan dari isteri dan membenci.dirinya sendiri kerana dayus serta marah pada kecurangan isterinya. Setiap kali suami berjumpa dengan isterinya, perasaan suami menjadi.mabuk cinta asmara sehingga mengabaikan anak2 dan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan hanya menumpukan tanggung jawab untuk memenuhi nafsu batin isteri waulaupun suami tidak mencapai kepuasan dari hubungan tersebut. Semenjak suami mengetahui kecurangan isterinya, suami hanya berfikir dan mengingati si isteri setiap minit, 24jam, 365 hari selama 18 tahun. Sekiranya suami bertanyakan mengenai apa2 hal yg berkaitan dngan kecurangan tersebut, isteri akan melenting dan marah, dan suami berasa sangat takut untuk bertanya lagi. Si suami menderita setiap hari kerana tidak memahami apa yg sebenarnya berlaku di dalam kecurangan isterinya bersama lelaki itu. Malahan ada dua kejadian dimana isteri mengandung dan bertegas untuk mengugurkan kandungan tersebut. Sang suami tidak bersetuju dengam kehendak isteri, namun selepas.diherdik dan dihina oleh isteri, suami berasa terhina dan hanya berdiam diri serta membiarkan isteri melakukan penguguran kandungan tersebut. Sang suami hanya mampu untuk melihat kesalahan dirinya sendiri dan menyalahkan dirinya sebagai orang yg bersalah dlm semua yg terjadi dn memaafkan isterinya atas segala yg berlaku. Baru2 ini, si isteri memberitahu bahawa dia menyesal kerana bersama2 berjumpa dengan bomoh utk membantu melariskan perniagaan keluarga isteri. Antara bahan yg diperlukan adalah minyak dagu, abu mayat, tulang babi, darah babi dan lain2 bahan yg jelas haram dalam islam. Apabila isteri menyampaikan kepada bapanya tentang syarat2 tsbt, bapanya setuju dan kemudiam mereka sekeluaRga termasuk abang dan ibunya berjumpa dgn bomoh tsbt. selepas itu, kekasih isteri bersama2 keluarganya pulang beserta bahan yg diperlukan dan seterusnya melakukan upacara sihir seperti yg di arahkan. Isteri juga mengaku menyihirkan suami supaya tidak menceraikannya kerana malu sekira orang semua tahu dan kekasihnya turut akan malu. Apabila suami ingin mempertahan maruahnya dengan berdepan kekasihnya, isteri menangis merayu supaya jgan melakukannya atas alasan kekasihnya og yg kuat dan tidak mahu suami cedera dibelasah walaupun hakikatnya adalah bertangan. Si suami.setelah mengetahui hal ini hancur luluh hatinya dan memohon pertolongan Allah untuk diperlihatkan apa yg benar dan apa yg batil. Sehingga hari ini, suami telah memafkan segala perbuatan yg dilakukan oleh isterinya dan ingin mengundurkan diri dari isteri tanpa lafaz cerai kerana tidak.sanggup menceraiknmya. Sang suami juga meminta isteri supaya bertaubat namun.tiada tanda isterinya ingin bertaubat. Soalan saya, apakah hukum isteri dalam segala yg berlaku, hukum kekasih isteri yg mengkufurkan isteri dan keluarganya dan apakah hukum.pada suami kerana bersifat dayus semenjak krisis ini berlaku? Adakah perkahwinan masih sah? Adakah taubat isteri diterima Allah setelah suami memaafkannya dalam keadaaan disihir.